Insp Zulkifli
bin Mamat berasal dari Kg Kubang Ikan, Tembila, Besut. Ibu Allahyarham,
Puan Khadijah bt Ismail (64 tahun) merupakan seorang ibu tunggal dan
Allahyarham adalah anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Isteri
beliau, Noraziah bt Nor, merupakan seorang guru dan mereka mempunyai 2
orang anak lelaki berumur 5 dan 1 tahun. Isteri Allahyarham Insp
Zulkifli kini sedang hamil anak yang ke-3.
Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.
Manakala Allahyarham Kpl Sabaruddin bin Daud mempunyai 6 org adik beradik. Beliau yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor telah meninggalkan seorang balu, Puan Nurul Nisah bt Abu dan 3 org anak yang berusia 19, 17 dan 13 tahun.
Allahyarham Supt Ibrahim bin Lebar, 52 tahun berasal dari
Besut, Terengganu dan bertugas di Cawangan Khas Bukit Aman. Berkelulusan Ijazah
Sarjana Muda Sains Sosial dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, beliau
meninggalkan seorang balu Puan Rosiah bt Dahlan, 52 dan 3 orang anak
masing-masing berusia 22, 20 dan 17 tahun. Jenazah dijangka akan dikebumikan di
Tanah Perkuburan USJ 20, Subang Jaya pada jam 9.00 malam ini.
Mendiang ASP Michael Padel, 36 tahun berketurunan Bidayuh
dan berasal dari Serian, Sarawak. Bertugas di Cawangan Khas IPD Semporna dan
meninggalkan seorang balu Puan Jabah a/p Mingku serta seorang anak lelaki
berusia 1 tahun. Jenazah mendiang akan dibawa pulang ke Kg Bidayuh, Tebakang,
Serian untuk disemadikan.
Allahyarham Sarjan Baharin bin Hamit, 49 tahun berasal dari
Alor Gajah, Melaka dan bertugas di Cawangan Khas IPK Sabah. Beliau meninggalkan
seorang balu, Puan Sumati binti Suarah, 50 tahun dan dua orang anak berusia 16
dan 11 tahun. Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Nur Islam IPK Sabah dan
akan dikebumikan di Jalan Tuaran, Kota Kinabalu pada jam lebih kurang 3.00
petang ini.
Allahyarham Sarjan Aziz bin Sarikon, 52 tahun bertugas di
PGA Batalion 14 Semporna, Sabah. Beliau meninggalkan seorang balu, Sitti
Banddorah Bt Mahalil, 39 dan 4 orang anak, 2 lelaki dan 2 perempuan yang
masing-masing berusia 18, 15, 12 dan 7 tahun. Jenazah Allahyarham akan
disembahyangkan di IPD Semporna untuk dikebumikan.
Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran, 27 tahun berasal
dari Klang, Selangor dan bertugas di Batalion 14, PGA Tawau. Beliau yang masih
bujang merupakan anak keenam daripada tujuh adik beradik. Jenazahnya akan
dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Jalan Teluk Kapas, Kampung Rantau
Panjang, Klang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Shapadu, Kg
Panjang, Klang.
Allahyarham Kpl/S Salam bin Togiran, 42 tahun berasal dari
Sandakan, Sabah dan bertugas di IPD Tawau. Beliau meninggalkan seorang balu,
Puan Marlinah binti Utan dan 4 orang anak berusia 16, 13, 11 dan 1 tahun.
Jenazah telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 15, Jalan Apas, Tawau.
Pemergian perwira-perwira negara ini akan dikenang oleh
seluruh rakyat Malaysia. Jasamu, baktimu, pengorbananmu akan teguh di sanubari
rakan seperjuangan dan menjadi azimat untuk terus berbakti kepada agama, bangsa
dan negara.
Berat mata memandang , pasti lebih berat bahu yang memikul.
Buat waris2 yang tinggal, semoga anda tabah menghadapi ujian ini & Alfatihah untuk yang telah pergi.
Buat waris2 yang tinggal, semoga anda tabah menghadapi ujian ini & Alfatihah untuk yang telah pergi.
0 comments:
Post a Comment