Follow Me on Pinterest

HAQ Tonjol Falsafah Islam

Friday, May 29, 2009 0 comments


January 16, 2009

Dengan barisan pelakon yang mantap – Zul Huzaimi, Nanu Baharudin, Adi Putra, Raja Farah dan Fatimah Abu Bakar – filem ‘Haq’ dijangka memberi persepsi baru kepada peminat filem Melayu tentang falsafah dan agama Islam.
‘Haq’ berkisarkan dua orang adik-beradik angkat yang mempunyai kuasa luar biasa. Konflik bermula apabila mereka diuji dengan keperitan hidup, godaan kemewahan, wanita dan ketidakpastian di antara yang betul atau yang salah.

"Untuk filem pertama kami, kami telah memilih konsep yang boleh menampung falsafah Islam dan dalam masa yang sama mempunyai nilai komersial serta hiburan yang mantap. Saya yakin filem ini boleh ditonton oleh semua golongan dan kami bercadang membawa filem ini ke peringkat antarabangsa,” kata penerbit Jumaatun Azmi ketika ditemui di majlis sidang akhbar filem tersebut Rabu lepas. ‘Haq’ merupakan filem dan jenama pertama syarikatnya KasehDia Sdn. Bhd.
"Sepertimana projek-projek kami sebelum ini, World Halal Forum, The Halal Journal dan Halal Guides, ada mesej yang cuba disampaikan, tapi ia mestilah dengan cara yang bersesuaian dengan khalayak masa kini. Dalam ‘Haq’ terdapat unsur-unsur aksi, ‘thriller’, CGI dan kisah cinta yang menarik untuk menarik perhatian penonton."

‘Haq’ mempertaruhkan dua pengarah tersohor Malaysia iaitu Fairuz Loy dan C.L Hor. Fairuz sebelum ini pernah mengarahkan drama bersiri ‘Susuk’, ‘Ayyad’ dan ‘Seri Maya’, manakala Hor pula pengarah filem ‘Kinta 1881’, ‘Purple Mirage’ dan ‘3rd Generation’.
Jumaatun menjelaskan bahawa kedua-dua pengarah tersebut mempunyai keistimewaan dan kelebihan tersendiri. Dia mahu menggunakan kepakaran yang dimiliki mereka berdua untuk menghasilkan sebuah filem yang berkualiti dan boleh dibanggakan.

Fairuz bila diminta komennya tentang perkara itu memberitahu dia selesa bekerjasama dengan Hor dan berjanji untuk menjalankan tanggungjawab yang diberikan sebaik mungkin.

"Seperti yang diberitahu, kami masing-masing mempunyai persamaan dan perbezaan. Kami mampu bekerjasama dengan baik dan berharap kerjasama kami berdua akan menghasilkan sebuah filem yang bukan sahaja menarik perhatian peminat Malaysia, malah masyarakat antarabangsa," ujarnya.
Manakala Nanu yang bertindak sebagai pelakon dan penerbit bersama filem itu menyatakan rasa teruja dan gembiranya kerana dapat bekerjasama di dalam filem yang disifatkannya sebagai berbeza daripada kebanyakan filem yang sedia ada.
"Kami akan mengadakan sesi latihan lakonan di bawah Puan Fatimah Abu Bakar. Selain itu, semua pelakon diminta ke gym untuk menjalani latihan fizikal bagi mendapatkan tubuh yang ‘fit’. Mereka juga bakal belajar menari untuk menghidupkan watak masing-maisng," katanya.

‘Haq’ diterbitkan secara usahasama dengan Black Box Pictures yang dikelolakan Hor.

Credit to : www.haqthemovie.com

0 comments:

Post a Comment

Search

ShareThis

Blog archive


storiesnhushhushbyZaiGeem
 

©Copyright 2011 stories and hush hush | TNB