Follow Me on Pinterest

Pad Kra Pao & Pla Meuk Pad Kai Kem #Recipes

Thursday, February 21, 2013 0 comments
tai tai frend is here and best thing is he cooksss...sodap banget (eh thats not thai)..."aroi ching ching"...im writing this down, so that i myself tak lupa

Pad Kra Pao (Chicken with Basil)

Bahan-bahannya:-
  • 2 tbsp minyak masak/minyak sayur (sy guna 1 tbsp shj)
  • 5 biji bawang putih-dihiris nipis
  • 1 tbsp cili padi/cili burung yang berwarna merah-dihiris nipis (lebih kurang 5-6 biji sili padi yang merah tu)
  • 250gm ayam cincang @ daging dihiris nipis dan dipotong halus
  • 1 tbsp gula (saya bubuh 1/2 tbsp sahaja)
  • 1 tbsp sos ikan/fish souce (tambah dengan 1 tbsp sos tiram)
  • 1 tbsp soy souce
  • 2 tbsp bawang merah yang dihiris nipis
  • 1/3 cawan daun thai basil/pad krapao (saya guna sweet basil)-dihiris nipis @ tak hiris pun takpe
  • 1 tbsp cilanto/coriander/daun ketumbar-dihiris nipis
  • 2-3 batang kacang panjang-dipotong-potong kecil (saya tak bubuh sbb tak ada)
  • 1/2 tsp lada hitam (saya tambah bukan dari resepi asal)
  • Sedikit garam jika perlu. Rasa dulu sbb soy souce dan fish souce dah masin.


Cara membuatnya:-

  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Kemudian masukkan cili padi yang dihiris, bawang merah dan daging. kacau sehingga daging berubah warna.
  2. Masukkan sos ikan, soy souce, gula dan sedikit air. Biarkan seketika.
  3. masukkan pula daun basil dan daun ketumbar gaul sebati.
  4. Angkat.
  5. Ia dimakan bersama nasi putih, ulam-ulaman, lada tumbuk dan telur goreng separuh masak. Ia juga boleh dilengkap dengan semangkuk sup kosong.


Pla Meuk Pad Kai Kem (Squid with Salted Eggs)

Bahan-bahannya:-
  • 2 tbsp minyak masak/minyak sayur (sy guna 1 tbsp shj)
  • 5 biji bawang putih-dihiris nipis
  • 1 tbsp cili padi/cili burung yang berwarna merah-dihiris nipis (lebih kurang 5-6 biji sili padi yang merah tu)
  • 3-4 Ekor sotong putih, di potong bulat2
  • 5 biji telur masin, di rebus, (guna telur merah sahaja)
  • 1 tbsp gula (saya bubuh 1/2 tbsp sahaja)
  • 1 tbsp sos ikan/fish souce (tambah dengan 1 tbsp sos tiram)
  • 1 tbsp soy souce
  • 2 tbsp bawang merah yang dihiris nipis
  • 1 tbsp cilanto/coriander/daun ketumbar-dihiris nipis
  • Daun bawang
  • 1/2 tsp lada hitam (saya tambah bukan dari resepi asal)
  • Sedikit garam jika perlu. Rasa dulu sbb soy souce dan fish souce dah masin.
Cara membuatnya:-
  1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak. Apabila minyak sudah panas, tumis bawang putih sehingga naik bau dan keperangan. Kemudian masukkan cili padi yang dihiris, bawang merah dan sotong. Masukkan telur merah yang telah di lenyekkan.
  2. Masukkan sos ikan, soy souce, gula dan sedikit air. Biarkan seketika. 
  3. Siappp... 
Thanks Eka, Golf and Oya for the lovely lunch date at my place :) seronok sgt sampai lupa ambik gambar....


0 comments:

Post a Comment

Search

ShareThis

Blog archive


storiesnhushhushbyZaiGeem
 

©Copyright 2011 stories and hush hush | TNB