Follow Me on Pinterest

Harapan kecewa Imran Ajmain

Tuesday, May 26, 2009 0 comments

Ditulis oleh Rosli Manah Rabu, 20 Mei 2009 17:21 PDF Cetak

altSekarang susah sungguh mahu memikat hati peminat membeli album. Macam-macam usaha dilakukan oleh artis dan syarikat rakaman.

Imran Ajmain juga ada cara tersendiri yang nampaknya membuahkan hasil. Strategi mempopularkan single dahulu sebelum muncul dengan album baru mungkin boleh membantu.

Setelah popular degan lagu Seribu Tahun petikan album sulung, Imran tidak menyepi. Dia sebaliknya mencipta lagu baru.

Sementara menunggu album baru siap sepenuhynya lagu-lagu Selamat Ulang Tahun Sayang dan Jika Engkau Pergi terlebih dahulu dipopularkan.

Setelah kedua-dua lagu itu kuat, Imran kini sedia muncul dengan album kedua berjudul Punca Dan Tindakan yang turut memuatkan lagu itu.

Harapan kecewa?

Hati Imran sedang kecewa ke? Imran merakam semula lagu Harapan Kecewa yang pernah dipolarkan oleh Datuk Ahmad Jais pada tahun 1970-an.

"Saya memberi nafas baru baru kepada lagu lama ini tanpa merubah emosinyai. Saya cuba mengemaskinikan lagu popular ini altdengan menyerapkan unsur jazz dan sentuhan orkestra.

"Ia semacam tribute kepada Datuk Ahmad Jais dan ia tetap relevan untuk peminat lagu asalnya," tambah Imran.

Imran mungkin dekat dengan lagu-lagu era 70-an dan 80-an kerana bapanya A. Hussaini Ajmain juga seorang komposer yang aktif pada masa itu.

Imran juga merakam semula lagu Menimbang Rasa yang pernah dipopularkan oleh Oslan Husein. Lagu tersebut diberi sentuhan bossanova dan menggunakan suara latar pelajar muzik UiTM.

Satu lagu kelainan yang dibawakan ialah merakam semula lagu Tan Sri P. Ramlee berjudul Senjakala. Tapi edisi Iman ialah menggunakan lirik lain sepenuhnya.

Ia hasil pertandingan mencipta lirik berdasarkan nyanyian Imran tanpa senikata yang diadakan pada April lalu yang dimenangi oleh Faizal Maslan.

Seni katanya menceritakan betapa mustahilnya seorang lelaki memberi saranan kepada kekasihnya supaya setia pada cinta pertama.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan termasuk, Perjalanan, Mengaku Kalah, Yang Kuperlu, Radio serta lagu Selamat Ulang Tahun Sayang dan Jika Engkau Pergi.

alt


note : i love his voice...ahhhh

0 comments:

Post a Comment

Search

ShareThis

Blog archive


storiesnhushhushbyZaiGeem
 

©Copyright 2011 stories and hush hush | TNB