kita mulakan dari awal...smg jd anak yg soleh, Ameen

Monday, June 20, 2011 1 comments

Tip Mendidik Anak Solat

(tips dari http://umisofie.blogspot.com/)

Tip 1 : Pastikan anak2 sudah terbiasa melihat pemandangan orang bersolat sedari kecil. Maksudnya, ibubapa di rumah WAJIB solat 5 waktu sehari semalam. Tak boleh culas! Seboleh-bolehnya, biarlah ibubapa itu sentiasa solat berjemaah bersama.  Tapi, kalau si bapa perlu ke surau atau masjid, biarlah anak2 bersolat dengan ibu.
Tip 2 : Sediakan sejadah kecil buat anak2 walaupun anak2 anda masih berusia setahun, 2 tahun atau 3 tahun. Kerana, kalau ibubapa menyediakan sejadah untuk anak2, secara automatik, dengan sendirinya, mereka dah tahu, "Ohw, sejadah ini untuk adik solat dgn ibu dan ayah." Sekiranya dari kecil sudah terbiasa dengan keadaan ini, ibubapa tidak perlu bersusah payah memberitahu bahawa solat itu WAJIB bagi setiap Muslim. bagi anak perempuan, mungkin ibubapa boleh menyediakan telekung kecil. Tapi, untuk Sofie saya hanya menyediakan tudung sahaja. Tu pun pakai kejap, tanggal cepat. :-D

TIPS 3 : Pastikan ibubapa mengajak anak solat berjemaah sekali. Beritahu anak solat itu perintah Allah. Bukan perintah ibubapa.

TIPS 4 : Bila anak sudah berusia 5 atau 6 tahun, cuba perdengarkan mereka bacaan-bacaan dalam solat. 
Anak2 saya tak sekolah tadika, jadi mereka langsung tiada pendedahan awal apa yang perlu dibaca dalam solat mereka. Sebelum ni, mereka hanya mengikut pergerakan solat abi dan ummi sahaja. Amat beruntung bagi ibubapa di luar sana yang menghantar anak ke sekolah tadika Islam yang sudah mengajar anak2 kecil membaca bacaan dalam solat. Saya berperang dengan perasaan, bagaimana mahu mengajar anak membaca setiap bacaan dalam solat. Saya bertanya pada ibubapa yang berpengalaman, saya surfing internet dan macam2 lagi saya buat untuk mengenalkan anak2 saya dengan setiap bacaan dalam solat ini.

Tips 5 : Bila anak dah boleh solat dengan sempurna, sentiasalah mengingatkan mereka bahawa solat itu perintah Allah. Solat anak2 saya pun masih belum sempurna, ye la... budak,kan? Sedangkan kita yang dewasa ni pun belum tentu solat kita sempurna. Kadang, anak2 ni sambil bersolat tergaru sana, tergaru sini, siap goyang2kan badan lagi. Tak mengapa, itu semua proses pembelajaran, supaya anak2 tahu solat itu ada rukun2nya tersendiri. Dalam pada tu, ibubapa perlu beritahu anak, apakah perkara yang boleh membatalkan solat mereka.


Tips 6 : Pujilah anak bila mereka selesai tunaikan solat. Minta dia bersalam dengan kita, dan ibubapa berilah kata2 motivasi supaya anak2 akan terus bersolat. Perkara yang saya selalu buat, apabila anak2 saya selesai solat, mereka akan mencium tangan saya dan suami, sambil berdoa dalam hati, semoga anak ini menjadi anak soleh.



daddy ajar solat, dia pandang camera plak


1 comments:

Post a Comment

Search

ShareThis

Blog archive


storiesnhushhushbyZaiGeem
 

©Copyright 2011 stories and hush hush | TNB