Masak-masak: Tongseng

Tuesday, August 16, 2011 2 comments
main masak2 ni kdg2 seronok, here goes my version of Tongseng yang korang ingat ada typo error tu...selalunya orang buat kambing, tapi i'm not a kambing eater, so i do ayam :)

BAHAN:
500 gr daging ayam (can be replace with kambing or daging)
100 gr kubis, potong kasar
10 cm serai, lenyekkan je
1 cm lengkuas, sama lenyekkan juga
4 lembar daun salam (susah nak cari kat Malaysia tapi ada)
3 buah cengkih
500 ml air
250 santan cair
1/2 sdt lada hitam
2 sdm kecap manis (kalau boleh cari kecap manis Indonesia)
1 buah tomato, belah2
10 buah cabe rawit merah, belah2
1 sdm gula pasir
garam seperlunya
2 sdm minyak sayur untuk menumis
bawang goreng untuk taburan

Bahan2 yang kena tumbuk/blend sampai halus:
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 butir buah keras
1 sdt ketumbar
1/2 sdt jintan
1 cm kunyit

CARA MEMBUAT:

1. Tumis bahan2 yang dihaluskan sampai layu and naik bau...
2. Masukkan serai, lengkuas, daun jeruk, dan cengkih, kacau sampai wangi
3. Masukkan pilihan daging, kacau sampai daging pilihan berubah warna (half cooked)
4. Tambahkan air,lada hitam dan serbuk rasa, didihkan sampai daging masak
5. Tambahkan santan, kecap manis, garam, kubis, dan tomat, didihkan dan kacau sampai sayur2 tu layu n masak
6. Boleh makan sekarang...

Tongseng ni boleh makan dengan nasi atau pun nasi himpit :)

Ni la tongseng masakkan saya


Selamat mencuba....wahhh mcm kelas memasak pulak...have fun cooking :)

2 comments:

Post a Comment

Search

ShareThis

Blog archive


storiesnhushhushbyZaiGeem
 

©Copyright 2011 stories and hush hush | TNB