Follow Me on Pinterest

Malaysia Tanah Airku - Selamat Hari Malaysia

Friday, September 16, 2011 0 comments
Malaysia Tanah Airku

Malaysia oh tanah air ku
Tanah tempat tumpah darah ku
Negeri elok amat ku cinta
Yang ku puja sepanjang masa

Sawah mu terbentang meluas
Tumbuh-tumbuhan hijau merendang
Bukit mu lurusnya terbentang
Tak jemu mata ku memandang

Sungguh indah di Malaysia
Negeri yang kaya raya
Tempat pusat berniaga
Terkenal di seluruh dunia

Malaysia negeri ku Malaysia
Pusaka tinggalan moyang ku
Tetap sentosa hidup merdeka
Malaysia tanah air ku


Penerbit Album: Pak Ngah
Penggubah Muzik: YBhg Dato' Ahmad Nawab Pak Ngah Wah Idris
Pemuzik: Swakarya
Penyanyi Latar: Swara



http://ms.wikipedia.org/wiki/Hari_Malaysia


Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.
Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.[1]
Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang Di-Pertua Negeri. Ia bukan merupakan cuti am di Sarawak dan Semenanjung Malaysia.[2] Mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.[3]


0 comments:

Post a Comment

Search

ShareThis

Blog archive


storiesnhushhushbyZaiGeem
 

©Copyright 2011 stories and hush hush | TNB