abg mamat khalid pun ada luahan hati...renung2kan lah...sy sangat suka dgn dgn apa yang abg mamat khalid ni komen...
Wednesday, September 21, 2011
BANGSAT PENGARAH MELAYU NI KAN MAT?
Sedari mula aku mula mengarah hinggalah ke hari aku merasakan
letihnya mengarah, dunia perfileman adalah alam yang aku sanjung dan
sayang. Segala perhal kepentingan dunia ini aku tampung dan ampu bagai
mendokong anak bongsu puteri bunian. Aku mahu dunia perfileman melayu
harus megah dan disanjungi pembikinannya. Aku mahu filem dan drama
melayu tinggi martabat sumbangannya pada bangsa dan negara.
Bukan
aku seorang. Ramai pengarah-pengarah yang lain mempunyai niat dan rasa
tanggungjawab yang sama di dalam pembikinan sesebuah karya itu.
Filem-filem Uwei Hj Shaari memperceritakan budaya Melayu dalam setiap
adaptasi penceritaannya. Erma dengan persoalan berat wanita melayunya.
Aziz m osman juga di dlam filem terbaru Azura nya mengangkat budaya
melayu hingga membuat penggambaran ke luar negara. Soal bangsa adalah
keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan
langit yang dijunjung.
Apabila
isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata
sesetengah masyarakat menduga akan isu perkauman dengan sengaja dengan
hasilkerja mereka, aku mula gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu
sendiri. Mengapa seorang yang terang-terang menghina akar melayu aku di
bumi melayu aku ini di angkat hero dan layak berjumpa menteri minta
diberi pertolongan di dalam karya yang kononnya menyokong integerasi
kaum.
Bangsa melayu sendiri melompat memberi kata semangat dan
memuji kebagusan sipolan membuat filem dengan membayar tiket masuk
bergasak menyokong filem yang 'lebih elok dari filem melayu biasa' itu.
Aku tidak irihati dengan karya beliau. Malah mereka melayu yang terlibat
di dalam filem itu pun bukannya aku peduli akan niat mereka. Yang
menjadikan kepala aku bengkak adalah dengan sokongan sesetengah manusia
melayu yang ingin mengangkat kerja manusia yang terang-terang bencikan
bangsa aku. Di arak dan di beri penghormatan tahab menteri kerjanya itu.
Kami yang terus menerus mendokong rasahormat kepada kedaulatan
bangsa-bangsa dibumi ini tidak pernah mendapat layanan sebegitu baldu
hamparannya.
Aku ingat lagi akan hari rakyat malaysia dikejutkan
dengan video negara kuku nya yang menghina kedaulatan negara dan bangsa
aku. Masih segar lagi peluh marah di hujung dahi aku ketika mula-mula
aku menontonnya. Dan kini beliau hero? Kini beliau layak berjumpa Datuk
Seri Perdana Menteri?
Gusar aku dengan masyarakat aku yang terlalu
terdesak untuk menjadi ayam tambatan hingga sanggup mengangkat golongan
bangsat menjadi ikon negara. Golongan komunis menjadi hero kemerdekaan.
Memusing cerita aku tiada pernah dijajah atas inginkan diri dikenali
ramai.
Adakah masyarakat kita kian lupa dengan maruah bangsa dan
harapan anakcucu kita yang semakin rapuh dimakan dunia penuh pluralism
ini? Adakah masyarakat kita sanggup menggadai hingga ke kain dalaman
semata-mata untuk mendapat ereksi sementara tidak memperdulikan masa
depan anakbangsa yang kian hanyut dikelabui mata dengan pandangan
integrasi milik bangsa yang lain?
Aku dengan besar hatinya
mengalukan perpaduan dengan filem aku namun bukan pujian atau sokongan
yang aku dapat. Aku telan semua itu kerana aku inginkan filem yang
bermaruah terhadap bangsa aku. Dan bukan filem itu menjadi penyebab
ramai yang mendekati dengan karya aku. Ianya hilang ditelan masa dan
demi masa aku akur dan harus meneruskan perjuangan dengan kerja-kerja
yang lain. Dan kini aku dapati kerja yang jijik, yang menaikkan rasa
benci terhadap sesebuah kaum itu rupanya boleh menjadi ikon dan hero
pengarahnya!
Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat
setaraf sipolan. Mahukan Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyi
'gua mau jumpa lu' berulang kali di youtube? Kalau mahu boleh la aku
memuat naik nyanyian bangsat aku ke halaman itu agar setaraf aku baratur
berjumpa menteri.
Bongkaknya entry aku kali ini adalah cermin
bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang
berjaya memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat
mensucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.
Apa la Mat! Itu pun mau sensitip. Biarla! Masing-masing pun mau hidup ma! Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.
0 comments:
Post a Comment