Follow Me on Pinterest

Mandi Wiladah & Mandi Nifas

Thursday, July 05, 2012 1 comments
ok, i'm sharing this as i also just got to know about this from a group of mommies :) Thanks D...

Mandi kerana wiladah dan nifas adalah dua perkara yang berbeza.
1) Mandi wiladah ialah mandi selepas melahirkan anak samaada keluar darah atau pun tidak.
2) Mandi nifas adalah mandi wajib setelah darah nifas kering (habis) tempohnya paling sedikit ialah satu lahzah (setitik) dan paling maksima ialah 60 hari.

Kedua-duanya adalah antara sebab-sebab yang mewajibkan seseorang itu mandi wajib iaitu mengangkat hadas besar.


Hukum bagi seseorang wanita itu tidak mandi wiladah adalah berdosa sekiranya ia mengetahui dan tidak berdosa jika sebaliknya.


Niat mandi wiladah : " Sahaja aku mandi wajib wiladah kerana Allah Taala".


in situation where you have already give birth and you didn't perform mandi wiladah (atas sebab tidak tahu), kata ustad its ok tidak perlu buat apa2, kerana semasa kita mandi wajib untuk Nifas, itu telah merangkap mandi wajib yang sempurna. 

Kesimpulannya wanita yang melahirkan ada 3 keadaan:

1) Jika ia melahirkan tanpa diiringi nifas, maka wajib dia mandi wiladah semata-mata, dan wajib ia menunaikan solat selepas itu, walaupun masih dalam pantang.
2) Jika ia melahirkan dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya mandi nifas semata-mata setelah kering darah nifas dan wajiblah ia mendirikan solat selepas itu.
3) Jika ia melahirkan, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib ia mandi wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika ia didatangi pula dengan nifas, maka dia hendaklah berhenti solat dan wajib ia mandi nifas apabila kering darah nifas. kemudian wajiblah ia solat.



(this applies to all mommies yang deliver normal or c-sec) 


yours truly :)

1 comments:

Post a Comment

Search

ShareThis

Blog archive


storiesnhushhushbyZaiGeem
 

©Copyright 2011 stories and hush hush | TNB