Air Asia Free Seats lagiii....Today

Monday, October 29, 2012 2 comments
huwaaaa...tak pernah dpt, tapi kawan2 banyak yang dah dapat, malam ni nak cuba nasib juga lah....hgrhgrhghr geram betui....Apa tunggu lagi konon, ingat kami ni tak keje ker????



Airasia menawarkan hampir sejuta tempat duduk percuma ke destinasi yang terpilih dalam dan luar negara dimana pengguna hanya perlu membayar cukai lapangan terbang dan yuran dari harga serendah RM26 apabila menempah tempat duduk dari penerbangan Air Asia.

Anda boleh membuat pembelian tiket dan tempahan bermula hari ini hingga 4 November 2012 di laman web www.airasia.com untuk tarikh penerbangan dari 1 Mei 2013 hingga 30 September 2013. Tempahan juga boleh dibuat dari aplikasi telefon AirAsia.

Antara penerbangan yang boleh ditempah dengan harga promosi ini termasuklah penerbangan ke Pulau Pinang, Langkawi, Terengganu, Brunei, Kemboja, India, Indonesia dan juga Laos.
Penerbangan AirAsia X juga menawarkan harga tiket penerbangan serendah RM299 sehala ke Jepun ( Tokyo, Osaka ), RM349 ke China (Hangzhou, Chengdu, Beijing)  dan RM399 sehala ke Australia (Sydney, Melbourne, Gold Coast, Perth)

Jadi apa tunggu lagi? JOM MELANCONG DENGAN AIRASIA!

2 comments:

Post a Comment

Search

ShareThis

Blog archive


storiesnhushhushbyZaiGeem
 

©Copyright 2011 stories and hush hush | TNB